Saturday, 15 September 2012

Petua Kesihatan Rasulullah s.a.w.

1. Selalu bangun sebelum subuh - Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

2. Aktif menjaga kebersihan - Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
...
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.”(Hadis riwayat Muslim).

3.Tidak pernah makan berlebihan - Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih). Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

4.Gemar berjalan kaki - Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

5.Tidak pemarah - Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai 3 kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring. Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilangkan gundah di hati.

6.Optimis dan tidak putus asa - Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.

7.Tidak pernah iri hati - Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

8.Pemaaf - Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan. Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi.

Wednesday, 12 September 2012

Bertudung Adalah Wajib.......


Setiap SEHELAI RAMBUT WANITA ISLAM yang SENGAJA diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan mahramnya, maka dia diberikan satu dosa.
Kalau 10 orang lelaki yang bukan mahramnya tengok sehelai rambutnya, bermakna dia mendapat 10 dosa.

>>> Tetapi, adakah rambut di kepala anda hanya sehelai sahaja? (✿◠‿◠)

Monday, 27 August 2012

Buaian Ukiran Kayu...

Buaian 1
Buaian 2

Buaian 3

ukiran kepala katil....

kepala katil

Iman......



Jika hati sejernih air ,jgn biarkan ia keruh. Jika hati seputih awan, jgn biarkan ia mendung, jika hati seindah bulan, hiasi ia dgn iman. INSYAALLAH kita akan selamat dunia dan akhirat...

Monday, 13 August 2012

Setiap amalan dikira oleh ALLAH walaupun hanya mengucap Alhamdulillah.......

Friday, 3 August 2012

Tangisan.........

Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat..........

Thursday, 26 July 2012

Ape yg kita cari sebenarnya...

Harta Kekayaan atau KEBERKATAN DARI ALLAH..Harta walau sebanyak mana sekalipun tidak dapat untuk menenangkan hati kecuali harta yg diberkati....Syukur dengan apa yg kita ada kerana itu adalah yg terbaik bagi Allah kepada kita...

Tuesday, 24 July 2012

Selamat Datang Ramadhan.......

"ku mngharapkan ramadhan kali ini penuh makna"


Bulan ramadhan tlh dtg mnjelma...
inilah ksempatan utk meraih magrifahNYA....
mari bersihkan hati utk mnyambut ramadhan yg suci....
mohon dimaaf atas segala kesilapan....
Selamat mnyambut Ramadhan Al Mubarak......

Friday, 20 July 2012

Apa yang paling ringan di dunia ini?

Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat. walaupun kita hidup seribu tahun kalau tidak sembahyang apa gunanya....

Wednesday, 18 July 2012

ALLAH Maha Besar.......



"Siapa yang menjaga percakapannya ,akan dianugerahkan kepadanya hikmah. Siapa yang menjaga penglihatannya, akan dianugerahkan kepadanya hati yang khusyuk. Siapa yang menjaga makanannya, akan dianugerahkan kelazatan dalam beribadah. Siapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam syurga yang mana dia suka. Siapa yang menjaga dari ketawa, akan dianugerahkan kehebatan dalam dirinya. Siapa yang menjaga daripada bergurau, akan dianugerahkan kepadanya keelokan atau kemuliaan. Siapa yang meninggalkan cinta dunia, dianugerahkan kepadanya dapat melihat kesalahan sendiri. Siapa yang meninggalkan kesibukan mencari kesalahan pada perbuatan Allah, dianugerahkan pelepasan daripada nifak."


(Sayidina 'Umar Al-Khattab)

Tuesday, 17 July 2012

Syukur...


Alhamdulillal............

Hari ini aku bersyukur krana dpt melihat dan mnghirup udara segar yg dicipta oleh ALLAH SWT...Hari ini juga aku dapat melakukan ibadah yang dituntut oleh NYA...Mungkin hari ini aku dapat beribadat, tetapi hari esok belum tentu...Aku berharap dan bermohon kepada ALLAH agar dipanjangkan umur supaya dapat beribadat untuk menampung bekalan di akhirat nanti...Semoga ALLAH SWT panjangkan umur setiap umat islam...Amin......