Saturday, 18 May 2013

Bingkai Cermin....


Ni hasil ukiran pertama aku.... Jadi ko dok tu?hehehehehe.....
sape2 nk beli boleh buat tempahan.......
RM300

RM300

Camping Di Kuala Tahan

WOODTECH (29 GEN)

Ni smase camping kat Taman Negara Kuala Tahan..... Aku kt tepi skali sebelah kiri tu..hehehehe...... mase ni aku tak la rapat mane ngan diorang ni.....
Tapi memang sronok la ble kt sane sbb aku jadi lebih rapat ngan diorang........ Macam2 kitorang buat mase kt situ.......
Bile pulak la aku dpt jumpe diorang semua......
Ape2 pn selamat berjaya semua sahabat2 ku.....hehehehehe.......

DALAM KENANGAN :
LELAKI : (Ade, Mirul, Pokjat, Padir, Syawal, Payik, Hanif, Jumi, Joe, Mock,    
                 Pija, Hanif keratong, We, Ari, Sapik, Cerah)
PEREMPUAN : ( Aida, Jue, Fiza, Nana, Jannah, Za, Yuhanis)

Tuesday, 14 May 2013

Siapa isteri anda? Dia ialah :

1. Anugerah Allah yg didatangkan untuk mencintai anda.
2. Teman dalam susah dan senang.
3. Teman untuk anda bergurau dengannya.
4. Insan yang melahirkan zuriat anda
5. Insan yg di lahirkan untuk anda menyintainya dan bermanja dengannya.
6. Pembantu anda dlm urusan rumahtangga.
7. Penasihat anda bila anda tersasar.
8. Penghibur dikala anda dukacita.
9. Perangsang anda dikala anda berputus asa.
10. Penyokong anda dikala anda ditinggalkan.
11. Pembela maruah anda.
12. pendinding anda dari Neraka Allah.
13. Pendorong anda kepada Syurga Allah.
14. Pelayan setia anda tanpa mengira waktu.
15. Perawat luka anda dikala anda terluka.
 Dia lah wanita yang harus anda hargai!!

Saturday, 15 September 2012

Petua Kesihatan Rasulullah s.a.w.

1. Selalu bangun sebelum subuh - Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

2. Aktif menjaga kebersihan - Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
...
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.”(Hadis riwayat Muslim).

3.Tidak pernah makan berlebihan - Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih). Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

4.Gemar berjalan kaki - Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

5.Tidak pemarah - Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai 3 kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring. Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilangkan gundah di hati.

6.Optimis dan tidak putus asa - Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.

7.Tidak pernah iri hati - Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

8.Pemaaf - Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan. Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi.

Wednesday, 12 September 2012

Bertudung Adalah Wajib.......


Setiap SEHELAI RAMBUT WANITA ISLAM yang SENGAJA diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan mahramnya, maka dia diberikan satu dosa.
Kalau 10 orang lelaki yang bukan mahramnya tengok sehelai rambutnya, bermakna dia mendapat 10 dosa.

>>> Tetapi, adakah rambut di kepala anda hanya sehelai sahaja? (✿◠‿◠)